Seminar Pemantapan Portal Sektor Awam MAMPU 1/2011


Project Description

MAMPU sedang giat melaksanakan pemantauan terhadap laman web/portal agensi Kerajaan. Tujuan pemantauan tersebut adalah untuk memastikan semua laman web/portal sektor awam mematuhi ciri-ciri yang ditetapkan dalam Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 dan kriteria penilaian Laman Web oleh MDeC.

  • Skills:

    • MAMPU

MAMPU sedang giat melaksanakan pemantauan terhadap laman web/portal agensi Kerajaan. Tujuan pemantauan tersebut adalah untuk memastikan semua laman web/portal sektor awam mematuhi ciri-ciri yang ditetapkan dalam Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 dan kriteria penilaian Laman Web oleh MDeC.  Israk Technology telah dijemput untuk memberikan taklimat berkenaan Teknologi Video Streaming terkini dan membuka booth demo. Seminar ini telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Mac 2011 (Selasa) bertempat di Dewan Auditorium JPM, Kompleks JPM, PUTRAJAYA.

Seminar ini adalah bertujuan untuk :
a) Membincangkan tentang tahap pelaksanaan dan keberkesanan laman web/portal sektor awam;
b) Berkongsi maklumat mengenai amalan-amalan terbaik laman web/portal dengan agensi-agensi Kerajaan;
c) Mendedahkan agensi-agensi Kerajaan tentang teknologi terkini serta strategi-strategi baru dalam memantapkan laman web/portal sektor awam;
d) Memaklumkan kepada agensi-agensi Kerajaan mengenai dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan dengan laman web atau portal
e) Meningkatkan kedudukan agensi Kerajaan di dalam kajian laman web oleh MDeC.