Pelancaran RTM Mobile Di UPSI, Tanjung Malim, Perak


Project Description

Pada 17 April 2012, pihak ISRAK Technology Sdn Bhd telah menghadiri satu pelancaran RTM Mobile di UPSI, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

  • Skills:

    • Event
Pada 17 April 2012, pihak ISRAK Technology Sdn Bhd telah menghadiri satu pelancaran RTM Mobile di UPSI, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. ISRAK technology adalah rakan kerjasama antara CGY Holding Sdn Bhd untuk menjayakan pelancaran RTM Mobile ini dengan jayanya. Perkhidmatan yang disediakan pada pelancaran ini adalah memastikan kelancaran RTM Mobile diakses tanpa sebarang permasalahan yang timbul. 
RTM Mobile boleh diakses di mana-mana operasi sistem telefon pintar dan telefon mudah alih seperti Android, Blackberry, iOS, Windows Mobile dan Symbian OS. Ia adalah satu tranformasi teknologi yang dilakukan oleh RTM untuk melonjakkan industri penyiaran negara ke tahap lebih tinggi. Dengan kewujudan RTM Mobile ini, ia dapat memudahkan rakyat Malaysia mendapat maklumat dengan mudah dan selesa mengikut saluran televisyen dan radio daripada peranti mudah alih mereka di mana-mana sahaja. Antara saluran yang boleh ditonton di di peranti mudah alih adalah saluran TV1, TV2, TVi , Muzik Aktif dan beberapa saluran radio RTM.