NEF-Awani ICT 2011 Awards Israk Technology Sdn. Bhd.


Project Description

ISRAK Technology Sdn Bhd, syarikat Bumiputera berstatus MSC Malaysia yang disenaraikan sebagai finalis Anugerah ICT NEF-Awani 2011 bagi kategori Aplikasi/Kandungan Mudah Alih Terbaik

ISRAK Technology Sdn Bhd, syarikat Bumiputera berstatus MSC Malaysia yang disenaraikan sebagai finalis Anugerah ICT NEF-Awani 2011 bagi kategori Aplikasi/Kandungan Mudah Alih Terbaik memperkenalkan aplikasi yang membolehkan pengguna memainkan video menggunakan semua peranti dikenali sebagai Israk Stream.
 
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Najib Habeb berkata, aplikasi itu berbeza dengan aplikasi di pasaran kerana ia membolehkan pengguna menonton video lebih lancar tanpa proses buffering.

“Kebiasaannya, pengguna yang menonton video menggunakan laman percuma namun, ia bergantung kepada kelajuan Internet dan kualiti gambar.

“Jika kualiti gambar tinggi, maka video yang ditonton mengambil masa lama dimuat turun malah, mengganggu rangkaian lebar jalur,” katanya ketika ditemui Bisnes Metro di Seri Kembangan, semalam.