Bengkel Penaiktarafan Drupal Content Management System Portal e-Muamalat 2013


Project Description

6 - 8 SEPTEMBER 2013: Bengkel Penaiktarafan Content Management System Portal e-Muamalat 2013 anjuran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim yang diurusetiakan oleh Seksyen Muamalat, telah berjaya diadakan di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor.

  • Client:

    JAKIM
6 - 8 SEPTEMBER 2013: Bengkel Penaiktarafan Content Management System Portal e-Muamalat 2013 anjuran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim yang diurusetiakan oleh Seksyen Muamalat, telah berjaya diadakan di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor. Bengkel ini telah dihadiri oleh YBhg. Encik Najib bin Habeb dari Israk Technology Sdn. Bhd. selaku fasilitator dan pakar rujuk bengkel, YBhg. Dr. Muhammad Yamin Ismail (Ketua Penolong Pengarah Pusat Ekonomi dan Kewangan Islam),Ybhg. Tuan Haji Munir Bin Haji Md. Salleh (Ketua Penolong Pengarah Seksyen Muamalat) mewakili pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Portal e-Muamalat, ahli-ahli Jawatankuasa Pemantau Portal e-Muamalat serta pegawai dan kakitangan Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.
 
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menaiktaraf Content Management System Portal e-Muamalat agar ia kelihatan lebih menarik, mantap dan teratur serta memastikan kandungan portal sentiasa dikemaskini selaras pengiktirafan terhadap laman web Jakim. Selain memfokuskan kerja-kerja penaiktarafan Drupal Content Management System Portal e-Muamalat dengan bantuan teknikal pihak Israk Technology Sdn. Bhd., peserta bengkel ini juga turut menjalankan semakan istilah glosari Muamalat yang menjadi sebahagian daripada kandungan utama portal e-Muamalat. Kesimpulannya, bengkel ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.